Filed under: Film
Wallahua’lam.. credit to bukitbesi.net"
Tengoklah
sendiri, apa dah jadi pada Nani. Di manakah kehidupannya yang sebenar?
Di manakah nilai-nilai murni di dalam jiwanya, Di manakah nilai
kewanitaannya? Apakah puncanya? Di manakah etika Artis? Siapakah yang
patut dipersalahkan? Tak serik lagikah dengan kes Lina Joy yang semakin
memberi kesan parah?
Ku tahu dirimu menjangkau usia,
Ku tahu dirimu digilai manusia,
Ku tahu dirimu membayangi Malaysia,
Ku tahu dirimu sia-sia,
Kau dihiasi hilai tawa,
Kau dipenuhi jutaan pria,
Kau menghantui jiwa-jiwa,
Kau tutupi mata manusia,
Hari
ini manusia berbangga dengan dosa maksiat yang dilakukan tanpa
menghiraukan sebarang amaran dan larangan Allah SWT. Lihatlah di kaca
televisyen, internet, akhbar dan sebagainya, masing-masing memaparkan
kebobrokan masyarakat hari ini. Sudahlah mereka melakukan maksiat,
ditambah pula dengan kebanggaan dengan kelakuannya tersebut.
ini berbangga dengan dosanya, contohnya seorang yang berzina yang
mengheboh-hebohkan kepada manusia lain bahawa dia sudah dengan berzina
dengan lelaki sekian-sekian. Bukankah ia seperti memanaskan air
sehingga mendidih di dalam periuk besar, kemudian sengaja selamkan muka
di dalamnya. Tak malukah dengan perbuatannya?
Kalau
dahulu, apabila dituduh sebagai pelacur, beriya-ia si pelacur menafikan
perbuatan tersebut, tetapi hari ini, dengan selambanya dia berkata
“memang aku pelacur”. Bertambah dahsyat, apabila terdapat pula orang
yang ketiga mengatakan “biarkanlah dia melacurkan dirinya, kenapa perlu
sibuk hal orang lain?”.

Hari
ini, orang yang ingin menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran,
ditentang habis-habisan oleh mereka yang seagama tetapi tidak sehati.
Imbas kembali Kes Zouk, mereka yang membuat maksiat dibela dengan
memaparkan slogan “Hak Asasi Kemanusiaan”. Tidak bodohkah mereka yang
mengaitkan maksiat mereka dengan Hak Asasi Manusia?
Kalau
hendak dibesar-besarkan Hak Asasi Manusia, mengapa pengedar dadah
ditangkap, pencuri diberkas dan penjenayah dihukum? Bukankah itu hak
individu? Inilah pemikiran “bodoh” yang tidak pernah berfikir secara
betul. Bayangkanlah, bukankah arak dan lacur juga membawa keburukan
seperti mencuri, merompak dan membunuh? Tetapi, mengapa golongan ini
sahaja yang ditahan sedangkan arak dan lacur tersebar dengan meluas dan
mereka yang cuba menghalang akan didakwa.
Hari
ini kita menyaksikan dunia artis semakin diseleweng dan terpengaruh
dengan budaya-budaya barat, walaupun adakalanya ia hanya direka-reka
sendiri oleh anak-anak Melayu. Contohnya pengamalan seluar londeh
sehingga menampakkan alur punggung, yang menjadi kebanyakan pengamalan
muda mudi. Louisiana , selatan Amerika Syarikat telah menetapkan
undang-undang bahawa mereka yang berkelakuan demikian dianggap sebagai
salah satu jenayah dan akan dikenakan hukuman.
Malangnya
hari ini, inilah yang dikatakan oleh muda mudi Melayu sebagai trend
zaman maju. Tak pelikkah? Apa yang dikatakan dengan kemajuan kalau
seluar pun dipakai londeh? Inilah peniruan yang tidak sepatutnya
menjadi pengamalan dan adakalanya dijadikan budaya yang mesti diikuti,
walaupun ia sendiri menggambarkan le”bodoh”an pengamalnya.
Amani
yang telah dirobotkan dan diperkudakan oleh Yasmin Ahmad sehingga dia
sanggup membotakkan kepalanya dan menjual maruahnya. Hilang kelembutan
wanita di dalam dirinya. Hilang kesopanan gadis Melayu di dalam
jiwanya. Hilang adab-adab murni di dalam hatinya. Cukup dia seorang
yang dijadikan “duta” untuk memburuk-burukkan Islam dan menjatuhkan
imej wanita di mata dunia.
Untuk mereka yang mempunyai akal,
dengan sentuhan naluri hati, anda akan mendapat kebenaran yang hakiki,
jauhilah keinginan nafsu yang membuta, anda akan sesat di dalam
kegelapannya..